Friday 22 June 2018

Mimpi Suami Kahwin Lagi

Aduh ... sapalah yang nak mimpi macam ni?  Malam semalam aku baru je mimpi suami kahwin lagi satu.

Baik aku cerita dari mula, beberapa hari sebelum mimpi.  Suami menjemput  kenalan lamanya sekeluarga makan malam di rumah.  Tapi beras hampir habis, cuma tinggal cukup2 untuk satu famili je makan selama seminggu.  Sebenarnya dah seminggu aku tunggu suami free untuk pergi kedai beli beras dan barang grocery lain.  Tiga hari  sebelum tetamu datang, akhirnya suami free dan kami ke kedai.

Dah selesai beli barang2 lain, cuma beras sahaja belum dibeli, tiba2 suami dapat panggilan telefon.  Ada urgent matter, rasanya dia kena ambil seseorang di airport dan hantar ke hotel.   Beras kena beli di kedai lain yang agak jauh sebab jenama itu saja yang suami suka dan agak murah harganya.  Jadi kami ambil keputusan pulang ke rumah dan akan beli beras bila2 suami free.

Sehingga sehari sebelum  tarikh makan malam tu, beras masih belum dibeli, suami sangat sibuk dengan kerjanya.  Petang itu sebelum dia keluar, aku berpesan sekali lagi.   Tolong beli beras.  Kali ni memang dah tekad akan beli sahaja apa beras yang ada di kedai.  Tak boleh tunggu esok pagi sebab suami masih sibuk lagi sehingga petang.

Bila suami balik sahaja malam itu, tiba2 dia bad mood dan terus tidur kepenatan agaknya.  Anakku yang menyampaikan pesan suami tentang beras. Lain kali beli beras banyak2, bukan dah nak habis baru nak beli.   Dalam keadaan sedih dan marah tu, terlupa pula aku,  memang dulu dah beli banyak pun, dua kampit lagi.  Tapi mestilah akhirnya habis juga dan mesti diganti baru.   Selalunya sempat je ganti baru tanpa masalah apa pun.

Anakku yang tak biasa memandu akhirnya bawa aku ke kedai untuk membeli beras malam itu.   Aku tak berani memandu kenderaan besar  suamiku. Keretaku pula sedang tersadai di workshop.

Esoknya aku bertungkus lumus memasak nasi biryani untuk tetamu kami.     Semasa makan, tetamu termasuk anak2nya memuji nasi biryaniku.  Malah anaknya yang masih kecil pun bertambah2 makan.   Bila mereka pulang sahaja, suami juga terus memuji nasi biryaniku seperti makan di kedai katanya. 

Patutlah selama ini dia asyik memuji nasi biryani kedai, tapi aku langsung tak suka biryani kedai kerana terlalu over rempahnya.  Aku masak macam biasa, bezanya kali ini aku cuma tambah serbuk cili sahaja berbanding selalu.  Tambah cili kerana tiba2 aku rasa rempah biryani itu macam bland sahaja warnanya bila dimasak.  Tak sangka rasanya juga berubah jadi lebih sedap.

Malam itu, suami jadi over mesra, maklumla masalah utama negara iaitu beras sudah selesai dan semuanya berjalan lancar.  Sebelum tidur, bergurau senda dan asyik nak berbual, sehingga aku merayu untuk berhenti kerana mataku sudah terlalu berat minta ditutup.

Aku tertidur awal, letih sangat, dan malam itulah aku bermimpi.  Aku melihat suami berkahwin dengan seorang wanita yang sangat aku kenal.  Gadis tercantik dan terbaik di kolej ku dulu.   Wanita itu jadi isteri kedua suami.  Bilik pengantin terletak di rumah kami, di tengah2  antara  ruang tamu dan dapur.    Setiap kali aku melintas, pasti terdengar suara suami bergurau senda dengan isteri keduanya.   Ya Allah sebak dan sedihnya perasaanku ketika itu.

Mimpi itu bersambung lagi dengan situasi beberapa hari lepas nikah, isteri kedua sudah berpindah ke rumah baru.  Suami masih bergilir2 di kedua2 rumah.  Tetapi dia akan ke rumah isteri kedua awal2 pagi lagi dari rumahku, dan akan pulang semula ke rumahku lewat malam esoknya.  Tidur sekejap, dan kemudian awal2 pagi dia sudah keluar semula untuk ke rumah sana.  Aku berendam dengan airmata kerana macam2 perasaan dalam mimpi itu ada, sedih kecewa cemburu dan rasa kehilangan.

Mujurlah semuanya hanya mimpi, tapi kenapa terlalu jelas dan nyata seolah2 betul2 berlaku?  Ada yang pernah mimpi seperti ini?  Cerita pada suami tak?   Aku takkan cerita, nehi.

______________________________________________