Wednesday 5 December 2012

Mimpi Bertemu Bakal Suami


Selepas tamat belajar, aku bekerja di KL.  Ramai rakan-rakanku yang dah berumahtangga waktu ni, sebab masing2 dah bertemu jodoh sewaktu di universiti.

Adik di bawah aku pun dah ada 2 cahayamata ...  makcik2 di kampung semakin galak bertanya bila agaknya giliranku pula

Yang cuba matchkan aku dengan anak2 lelaki, anak2 sedara lelaki dan rakan2 lelaki mereka pun dah tak  terkira ramainya, malangnya si matchmaker sahaja rupanya yang sukakan aku, sedangkan si lelaki terus menolak.   

Ketika itu memang aku rasa amat malangnya diri aku, tetapi kini aku dapat rasakan rahmat pada semua penolakan tersebut.  Ya, Allah memang nak temukan aku dengan lelaki yang terbaik.

Kemudian aku melanjutkan pelajaran ke luar negara lagi selama setahun.  Waktu itu, aku kerap bermimpi tentang sorang lelaki gemuk.  Mimpinya tak pernah sama, tetapi bersiri, dari mimpi pertama sehingga mimpi terakhir.  

Dari episod lelaki gemuk itu berkata dia sukakan aku, kemudian beberapa mimpi aku tak sukakan dia,  dia kata nak kawin dengan aku,  dan akhirnya dia beritahu ibunya dah berkenan denganku. Mimpi terakhir itu seolah2 aku dah pasrah dan menerimanya.

Waaaah aku takut, aku takut mimpi tu jadi nyata, dan adakah lelaki gemuk itu sebenarnya jodoh aku?????  

Kembali ke KL, aku telah dilamar melalui telefon oleh rakan sekerja.  Pejabat kami agak jauh dan susah nak terserempak.  Aku pernah melihatnya dari jauh beberapa kali sahaja dulu, iaitu sebelum pergi sambung belajar.   Waktu itu aku rasa dia nampak kurus, tak seperti lelaki dalam mimpiku yang boroi.

----------------------------------------------

10 hari selepas menerima panggilan telefon itu, dan  tanpa berjumpa terlebih dahulu,  aku menerima  lamarannya.   Pertama, kerana selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan sebelum itu, aku telah berserah diri dan menyerahkan sepenuhnya  siapa jodohku kepada Allah.  Setiap malam aku mengadu serta berdoa dengan bersungguh2 untuk ditemukan dengan jodohku.   

Maka aku yakin inilah jawapan kepada doa-doaku waktu itu.  Malah ibuku pun turut sama berdoa untukku.   Kedua, latarbelakang lelaki itu, bapanya seorang ustaz, anak2 ada asas agama,  dan keluarga yang sangat mementingkan solat berjemaah.

Sewaktu nak berbincang tentang urusan pertunangan, barulah aku setuju nak jumpa.  Kali pertama aku lihat dia dari jauh, terus rasa nak pengsan.    Ya Allah kenapa gemuk sangat, sama macam lelaki gemuk dalam mimpi2 aku sebelum ni. 

Adakah aku tersalah orang dan terus terima lamaran tanpa siasat terlebih dulu?  Aku nak berpatah balik masa tu, nak cancel dating.  Tapi dia dah ternampak aku,  tak sopan pula kalau aku berpatah pergi.

Semakin hampir, aku langsung tak pandang ke arahnya.  Aku tunduk aje atau pandang ke arah lain.  Aku tak sanggup!!!   Aku tak mau kawin dengan lelaki gemuk!!!!

Perjumpaan kami sekejap aje, 5 minit.  Aku beri alasan untuk ke tempat lain pula.

Aku dah rasa tak suka.  Macam mana aku nak bagitau dia???  Lepas tu aku bagi macam2 alasan untuk tak jumpa dia lagi.    Mungkin ini sudah takdir aku.  Kerana terlalu terkejut, aku terlupa betapa panjang dan susahnya proses aku nak bertemu jodoh ini, dengan doa yang tak putus2 siang dan malam.    Dan betapa dalam proses itu aku sentiasa mengharap petunjuk Allah, tapi bila dah dapat aku seakan tak redha pula.

Aku  teruskan, dan ikut je perancangan kedua2 belah keluarga.  Kami bertunang.   Semenjak itu, aku belajar untuk redha dengan pilihanku sendiri.  Aku mula sayangkan tunangku.

Acara bertunang waktu itu bukan seperti sekarang.  Ketika itu, perempuan hanya duduk dibilik menunggu cincin tunang disarungkan.  Lelaki  tidak ikut keluarganya ke majlis bertunang.  Sekarang, bukan sahaja si lelaki ikut bersama, terus bergambar pula dengan tunang di atas pelamin!!!!  Dah macam majlis nikah pula, padahal .... tiada ikatan halal pun lagi.

Walaupun kami rakan sekerja,  aku tak pernah terserempak dengannya lagi.  Tunangku kata dia selalu curi2 pandang semasa aku ke cafe,  aku sahaja yang tak tau.  Tapi dia tak berani nak tegur kerana dia merahsiakan pertunangan kami dari rakan-rakan sekerja  Malah dia juga tak pernah minta gambarku, takut aku tak bagi.   Aku nampak garang sangat ke?

Beberapa bulan kemudian tunangku ingin berkunjung ke kampungku.   Mak ayah aku bukan main gembira nak jumpa bakal menantu, maklumlah anak yang mereka risaukan akhirnya bertemu jodoh juga.

Pukul 10 pagi dia dah sampai.  Aku masih berbaju basahan, jadi mak ayah aku yang sambut dan layan dia berbual.  Ketika keluar ke ruang tamu,  aku terpaku .... tunang aku ke ni?  Lelaki gemuk  boroi yang aku jumpa beberapa bulan lepas?  Tapi sekarang dia dah nampak lain. Ye dia sudah tak nampak kurus seperti mula2 kerja dulu,  tapi tak pula gemuk atau boroi.  Aku keliru.

Rupa-rupanya badan dia yang dulu kelihatan gemuk itu cuma ilusi mata aku je, kerana waktu itu baju kerjanya dah serabai hampir terkeluar dari pinggang, angin dari belakang menolak baju itu sehingga nampak kembung dan boroi.  Ditambah pula dengan bahunya yang sangat bidang seperti pemain rugby.  Memang dia nampak besar dan gemuk ketika itu.  Aku pula cuma melihat sekilas lalu dan terus imej itu tertanam dalam minda.  Elok juga, kurang sikit dosa sebab kurang berjumpa dan kurang angan2. 

Ibunya sudah meninggal dunia, tetapi tunangku memberitahu aku mempunyai ciri2 wanita yang disukai oleh arwah ibunya.     Seakan sama macam dalam mimpikan?

Akhirnya, dia selamat jadi suami aku.  Walaupun aku tak pernah bercinta atau kenal rapat dengannya, rupa-rupanya dia mempunyai semua ciri2 lelaki yang aku impikan.  Dia tak romantik, tiada bunga atau kejutan hadiah, tapi suka mengusik, berkarisma, bijak, pemimpin dan imamku.

Suamiku sedar aku menerimanya tanpa cinta, dan dia berusaha untuk membuatkan aku jatuh cinta padanya selepas kami bernikah.  Terimakasih suamiku. 



Nov 2013:  2 hari lepas ulang tahun perkahwinan kami yang ke 18.  Sebelum melamarku dulu, suamiku memberitahu dia  selalu bermimpikan aku.   Malam tadi barulah aku berani bertanya tentang mimpinya.  Rupanya dalam  setiap mimpi, dia melamar aku, dan aku terus menerimanya.  Ya Allah, aku teringat  bagaimana aku terus terima lamarannya tanpa berjumpa atau berkawan terlebih dahulu.  Syukurlah bertahan hingga kini. 


Jun 2018:  selepas 23 tahun menjadi isterinya, baru malam tadi aku bercerita sebab utama aku menerimanya walau tanpa berjumpa atau berkenal-kenalan terlebih dulu.  Dia melamarku 2 hari sebelum Ramadhan berakhir, dan aku menerimanya kerana aku yakin dialah jawapan kepada doa-doaku.

75 comments:

  1. assalamualaikum.baru malam tadi saya mimpi ada lelaki yang saya tak kenal.dalam mimpi tu dia suka sangat kacau saya dan bergurau dengan saya,tak mau berenggang langsung.tak ingat sangat rupanya tapi rasanya pakai spek :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ..sama lah sy pom prnh mimpi mcm ni.. sy mmng x leh nk describe psl lelaki tu.. mmng x kenal.. sy just ingt ciri2 dy jer.. tinggi sama dgn sy.. sbb skrng ni kan susah nk cri lelaki yg tinggi untuk perempuan yg tinggi mcm sy ni.. Lagi2 tinggi 170 cm.. btw dlm mimpu tu kitorng mesti akn buat kerja sekali.. situasi selalu berbeza2.. tp cara yg sama.. pelik kan bunyi tu.. btw sy start mimpikn dia sejak sy f4.. tp sy anggp benda ni just mainan tidur.. yer lah sbb sy still muda nk fikir something mcm tu..dlm 1 tahun 4 or 5 kali mimpi.. hingga lah sy umur 18 last sy mimpi psl dy.. dan skrng sy dah x mimpikan dy .. umur sy skrng ni 19 tahun.. masa f5 pom sy 5 kali sy mimpikan dy.. orng yg sama n baju sama... baju yg dy pakai x prnh berubah dlm mimpi tu... sometimes ada lah jugk sy fikir x kan jodoh sy.. knpa terlalu awl.. bnyk benda lg sy nk buat n fikir tentng family.. n sy selalu doa.. kalau boleh sy nk bljr n kerja .. tolong mak ayah dulu.. travel smua tu bru fikir tentng tu.. kalau betul jodoh sy.. sy selalu doa biar si dia dtng pd masa yg tepat..dgn umur skrng ni bg sy x perlu fikir lg psl benda ni.. apa2 pon alhammdulillah skrng dah x mimpikan psl dy tu.. bukn sy nk elakkn diri.. just ada something yg lebih penting sy perlu fikir.. sbb kalau selalu mimpikan si dia.. sy x leh nk buat kerja or apa2.. sy selalu doa kpd Allah smoga klau betul dy jodoh dipermudahkan suatu masa nnt... sbb sy yakin kalau dah jodoh x akn kemana..

      Delete
  2. Waalaikumsalam,

    mana tau mungkin itu jodohmu. Kalau terjumpa pun jangan bercinta tau. Jaga diri.

    ReplyDelete
  3. Awal tahun ni sy ada bermimpi seorg lelaki yg sy kenali. Dlm mimpi tu dia adalah suami sy. Waktu sy bgn dr tidur, baru sj masuk azan subuh, mlm jumaat & masih ada wuduk. Ada kemungkinankah dia jodoh sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya juga bermimpikan saya yang dia kenali. Tetapi dia tidak percaya sehingga mimpi itu datang berkali2. Mungkin adik juga boleh anggap itu cuma satu mimpi dan jangan terlalu berharap ia benar. Sekiranya adik sukakan lelaki itu, berdoalah bersungguh2 setiap kali habis solat, kerana Allah Maha Mendengar.

      Delete
  4. Terima kasih...sy tawakkal pd Allah. Klu dia betul jodoh sy moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. dulu saya selalu sgt mimpi kejar lelaki yg tak dikenali..saya berlari selagi yg boleh untuk mengelaknya..klu ada apa2 brg yg berdkatan saya akn campak untuk hlg perjlanannya.dlm mimpi tu sy sggp keluar negara untuk elak dia.sy tak dpt melihat kelibatnya dlm mimpi tersbt.saya tak tahu dia siapa.dlm mimpi tu sya rasa takut,sy tau sy tak mampu lari drpd dia,tetapi klu ada ruang je sy akn lari.dulu sya kerap mimpi sebgini.sampai saya berasa letih sbb tdo tak lena.setelah sekian lama mimpi itu tak muncul..mlm tadi sya mimpi tntng lelaki trsbt.saya rasa sgt takut,ya Allah ya tuhanku.saya cma tak faham kenapa saya lari bersungguh sungguh untuk elak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada persamaan la mimpi kita. dikejar lelaki tak dikenali. tapi atiqah lari sebab apa, sebab tak suka ke?

      Delete
  6. klu mimpi dikejar lelaki yg tak dikenali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya ia datang berkali-kali, mungkin satu masa nanti, ia mungkin akan terjadi

      Delete
  7. hi...norie pun mimpi macam awak jugak ....dulu beberapa tahun dulu ..norie klo solat suka berdoa nk jumpa jodoh ...one day , norie mimpi lelaki x dikenali dalam library , baju putih , dia senyum kat norie , org di sekeliling yg lelaki terpegun tgok da senyum kat norie ,perempuan macam jeleous jerr tgk lelaki tu senyum kat norie ...now norie dah smbg belajar ..one day time norie nak beli makanan tepi jalan ...satu kereta berhenti ...rupanya dia lelaki itu ..even kami x kenal tapi gaya dia senyum mcm dia kenal sangat norie...agak2 dia jodoh norie ke?
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas jumpa tu ada perkembangan apa-apa tak Norie? Jangan terlalu berharap kay. Doa macam biasa, dan jodoh tu akan datang juga bila tiba masanya.

      Delete
  8. hi...baru-baru ini saya ada bermimpi dengan lelaki yang dikenali...cuma di dalam mimpi tersebut dia seperti membontoti saya sambil meluahkan perasaan nya...saya hanya membisu..dan ibu saya pula hanya menggeleng-gelengkan kepala...seperti tidak bersetuju dengan cara lelaki itu...apakah maksud tersirat dan tersurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru sekali mimpi mungkin tiada apa2 maksud. Mungkin apa yang saudari rasa di luar terbawa2 ke dalam mimpi.

      Maaf jika tak betul telahan saya.

      Delete
  9. Hi saya mimpi semalam. tu yang terjumpa ni...best cite awak...semalam saya mimpi jumpa dua ustaz hensem muda tapi dua2 dah kahwin...saya suka dorang dorang pun suka saya...last2 saya pilih yang kedua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz hensem muda mimpi yang best, tp dah kawin, sangat tak best. Doalah yang baik2 supaya dapat jodoh yang baik tanpa melukakan hati wanita lain.

      Delete
  10. assalam, baru baru ni saya mimpi orang yang saya tak kenali tapi dalam mimpi tu macam saya dah lame kenal dia. Mimpi tu dia ingin mnjadikn sy istri dia and i even called his parents mom dad. whattt??? Hahaha. macam dah kenal sangat dah cmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat mimpi indah macam ni kan. Mudah-mudahan jadi kenyataan. Doa aje yang baik2, semoga jadi kenyataan.

      Delete
  11. Salaam, nk brtnya tntg mimpi. Sya prnh brmimpi.. saya terbaring di suatu tempat seperti taman yg sunyi sepi tetapi tenang..tiba2 saya bertemu dgn seorg lelaki dihadapan saya.. dia genggam tgn sya di atas ribanya sprt hndk mnjga saya, masatu sya rasa satu perasaan yg indah dan tenang yg tdk prnh sya rasa d dunia ni. Lpstu sya tengok ke atas ke wajahnya tpi tak nmpk, lalu seperti ada sinaran matahari lalu saya terjaga, Sya terkejut.
    Apakah mkna mimpi tu, siapakh dia? Sya selalu brdoa slps solat agar dpertemukn dgn dirinya. Sya terkejut. Apakah mkna mimpi tu, siapakh dia? Sya selalu brdoa slps solat agar dpertemukn dgn dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi indah ...
      teruskan berdoa, kalau betul2 sudah bersedia untuk menerima jodoh, berdoa bersungguh2. Doa dengan penuh harap, doa dengan keyakinan Allah dengar dan mudah-mudahan Allah terima dan tunaikan apa yg diminta. Amalkan surah Yasin antara Maghrib dan Isyak, atau mana2 waktu secara konsisten, dan teruskan berdoa.

      Delete
  12. Assalamualaikum..baru mlm semalam,saya mimpi,saya bakal berkahwin dngn seseorang yg saya x kenal,tapi dlm mimpi tu,saya cuma tahu nama dan tarikh perkahwinan dan perkahwinan ini berlaku pada usia saya 19 tahun dlm mimpi ni la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Adik mungkin itu cuma mainan tidur je. Apapun, adik berdoalah bersungguh2 untuk dijodohkan dengan lelaki yg terbaik untuk adik, lelaki beriman dan baik yang dah jarang2 sangat sekarang ni.

      Delete
  13. Hai, sy juga pernah mimpi org yg x dikenali tiba2 mengucap cinta pd sy, dan dlm mimpi tu sy dan dia satu tmpt belajar, semasa dia elokkn jam yg rosak, sy mendekati dia dann melihat, lalu cikgu dtg dan dia pon mendekati sy terus mengucap 'I Love U' prsaan sy amat malu dan sy rsa sy org yg pling bahagia.. apa sebenarnya mimpi itu ye..?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Alice, indahnya mimpi tu. Pasti setiap wanita teringin mendengar ucapan itu dari mulut orang yang kita minati. Just pray and hope it will be true.

      Delete
  14. Salam...hi,sya just nk tanya pendapat..sejak kebelakangan nie sya kerap mimpi seorng lelaki yg sya kenali..setiap kali sya tidur sya akan bermimpi lelaki tersebut,tak kira tidur siang atau pun mlm sya akan bermimpi dia..apa pendapat sis?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Addin,

      saya pun pernah mimpi sebegitu, bagaimana perasaan Addin masa itu? Gembira, sedih atau takut? Bagi diri saya perasaan itu memang sama seperti apa yg saya lalui di luar mimpi.

      Seperti mimpi rakan lelaki yg asyik mengejar saya, rupanya kerana ada hal antara kami yang masih belum selesai.

      Delete
  15. As'salam. Just nk tnya pndpt. Sy ad knl sorg cikgu kt sek kwn sy. Sy knl pun sbb tlg kwn kms kls. Cikgu tu guru kls dia. Cikgu tu jenis yg fotogenik. Dia ada byk gmbr candid sy tpi bila sy mintak dia xbgi and dia kata xpyh. Dia prnh bgi hadiah birthday & stiap kli dia pegi mna² msti dia bli something kt sy. Sejak dripd tu,sy slalu mmpi ttg sorg llki yg xdikenali. Dia knl sy tpi sy xknl dia. Dia rpt ngn family & cikgu² kt sek sy. Sy igt muka dia time mimpi je. Bila bgn dh xigt. Dlm mimpi tu, dia kawen ngn sy & yg sy igt nama dia mula dngn huruf 'F'. Sy akn dpt mmpi yg sma 2x. Mimpi sy mcm bersambung & smpai skrg sy still mmpi ttg llki tu lgi. Btw cikgu tu pun nma dia mula dgn huruf F & llki dlm mmpi sy tu prgai sbijik mcm cikgu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam adik, sekolah lagi kan. Tak perlu fikir pasal cikgu tu, masih jauh perjalanan hiduo adik. Mimpi boleh datang jika kita selalu ingat pada seseorang juga, tak kiralah ingat yg best atau yg tidak (macam mimpi saya bertahun2 dengan cassmate sendiri tu).

      Jangan fikir lagi okey, fokus pada masa depan. Nanti2 dah tiba masa nak cari jodoh, baru boleh fikir2 semula.

      Delete
  16. Assalamualaikum.. saya nak tnya pendapat, saya selalu mimpi berjumpa dengan lelaki yg x dikenali berulang kali. Dalam mimpi tersebut, saya dan dia saling sayang satu sama lain. Mimpi yg berlainan, tetapi dengan lelaki yg sama lebih 5 kali. Dalam mimpi, dia beritahu yg dia berada jauh, dan sedang kumpul duit untuk kahwin dngn saya. Lelaki tersebut seperti hidup dalam dunia mimpi. Sampai skrg, saya tertanya tnya, siapa dia? Apa maksud mimpi tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      seems real, maybe he is your mr right. Doalah selalu supaya dapat suami yang soleh yang boleh membawa ke arah rumahtangga yang berkat juga. Amiin. Jangan cuba2 nak matchkan lelaki ini dengan ntah sapa2 in your real life, takut nanti kecewa.

      Delete
  17. Assalamualaikum sis . saya ain . saya nak mintak pendapat sis lah . sebelum ni saya mimpi saya berjumpa dengan orang yang tak dikenali . Banyak kali jugak jumpa dia dalam mimpi . Dan malam tadi saya masih mimpikan dia. dalam mimpi saya yang kali ni ya allah sungguh melengkap hidup saya . saya mimpi dia dah jadi suami saya . dan saya mengandung. usia kandungan saya baru dua minggu . dia jaga saya dengan baik . bahagia sangat . tapi sampai sekarang saya masih tak dapat nak ingat muka dia . cuma saya boleh ingat susuk tubuh dia dari belakang . apa maksud dia sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Probably he is your mr right. Mimpi yang indah, bangun tidur pun kepala rasa ringan kan? Berdoa mudah-mudahan itu semua akan terjadi satu masa nanti.

      Delete
  18. Sy pun ade mimpi jugk dh lme 10 thun yg lepas then 2 minfgu lepas mimpi balik bukn sy sorang je mimpi kawan2 sy mimpi jgk yg sy bkl berkahwin dgn sorang lelaki yg tk dikenali hmm dia suke pkai baju wrne putih hmnn 2 hari lps sy mimpi dibelit ular adakah jodoh hmpir tiba hmmm umur sy baru 19

    ReplyDelete
    Replies
    1. looks like jodoh semakin menghampiri. Berdoalah semoga dapat jodoh yang baik yang boleh memimpinmu ke syurga.

      Delete
  19. Salam... Sy baru je mimpi malam tadi..mimpi akan dinikahkan dgn lelaki yg sy x kenal..tp. diatur oleh keluarga...dlm mimpi, ade mimpi..kehidupan selepas bernikah..mcm nak tergelak pn ade..sbb dlm mimpi tu..sy xnak kawen..tp mak yg beria...act sy j anak 2..and sy mmg takde niat nak kawen lagi..langsung (kecuali ade jodoh lagi... )
    Bila search maksud mimpi..mcm2 plak tafsir nye..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat jodoh yang baik, kenapa nak nafikan? Mudah-mudahan dapat jodoh yang saudari impikan.

      Delete
  20. assalamualaikum

    saya pernah bermimpi seorang lelaki yang saya tidak kenali memandang saya dengan wajah tersenyum dan pada masa tu lelaki tersebut tengah duduk diatas sejadah dalam keadaan tahiyat akhir.wajahnya berseri seri berkulit putih bersongkok memakai baju putih dan berkain pelikat... apakah petanda mimpi tersebut ? samada baik atau buruk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, masyaallah baiknya mimpi tu. Pasti setiap wasnita ingin dapat bakal suami yang sebegitu kan? Adik doalah sepenuh hati semoga Allah berikan apa yang telah digambarkan dalam mimpi tu.

      Delete
  21. Asslm ..sye cme nk luah kan ape yg sye mimpi..sye mempunyai teman lelaki..tp die x pnh ade dlm mimpi sye..sye kerap mimpi bkahwin dgn llki yg d dikenali..pnh sye bmimpi bkhwin dgn llaki yg ego pd mlm sblm jmpe llki 2..pd esok nye sye pg renew lesen d jpj ..pd mle nye sye x prasan llaki itu d kaunter ptme..
    Tbe2 sye tpndg ke arh die..n tringt llki d dlm mimpi..sme mcm die..then jntung sye bdebar truk ..no giliran sye sptut nye utk kaunter 5..tp ntah knp no sye ke kaunter die..ngn x pk pape..sye trus ke kaunter 5..sbb x fokus ..sye pndg blkg..mk sye bgtau kaunter 1..sye mlu ..tp sye cover n wt xtau je ..then sye g kt kaunter die..jntung truk Sgt bdebar..xtau knp..mmg sme mcm dlm mimpi..nmpk sombong n kasar..maybe kbtln kot ..n stiap mlm sye mimpi bkhwin dgn llki yg x dikenali..ble sye pk ..sye plik..knp kerap mimpi spt itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok just let the dreams on. Sekiranya kerap bermimpi lelaki yang sama, mungkin besar kemungkinan dia jodohmu. Tapi adik jangan kaitkan lelaki itu dengan sesiapa pun di dunia nyata, takut ia hanya harapan dan bukan realiti. Biarkan masa yang tentukan.

      Delete
  22. Assalam sis, saya bermimpi saya sedang dinikahkan dengan lelaki yang saya langsung tak kenal. Saya tak pernah nampak dia selama ni. Selepas pernikahan tu dia mengaji di hadapan imam dan ayah saya, saya masih segan silu nak lihat wajah dia betul2, slpas semuanya selesai, baru kami berdua duduk bersama. Apa yg saya tahu dlm mimpi tu dia menyatakan jatuh cinta kpd sy dan tak teragak2 brtmu org tua sy diam2 utk mghalalkan sy. Sy masih ingat orgnya bkrja sbgai askar, elok agamanya,berkulit sawo matang dan dgn melihatnya di hadapan sy sbagai suami sy rasa sungguh menenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Qila,

      apa perasaan masa tu, kalau rasa happy dan tenang most probably he is the one.

      Delete
  23. Assalamualaikum sis, saya masih belum berkahwin lagi. Tiga tahun lalu, saya pernah bermimpi dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Saya melihat wajah lelaki tersebut muncul daripada cahaya. Lelaki tersebut memandang dan merenung wajah saya. Saya juga melihat wajah lelaki itu dengan jelas sekali dimana saya mendapati lelaki tersebut mempunyai tahi lalat di bahagian bawah hidung, berkulit cerah, rambut lurus dan memakai baju putih. Selepas 5 minit, lelaki tersebut hilang daripada cahaya itu. Boleh sis komen dengan mimpi tersebut. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Shida.

      Mimpi yang didambakan setiap wanita. Berdoalah semoga mimpi tu jadi kenyataan.

      Saya juga pernah bermimpi seorang lelaki, mimpi hanya beberapa saat, cukup2 masa untuk dia sebut saya nak kawin dengan awak. Saya yakin mimpi tu benar. Malangnya saya kenal dan tak berminat padanya.

      Mujurlah dia tak pernah melamar di alam nyata. Tapi sampai sekarang lelaki itu masih mengikuti perkembangan saya di fb dan like gambar2 yang saya post. Gambar famili dan hobi je pun.

      Delete
  24. Assalamualaikum,tahun lepas saya pernah mimpi dgn seorg laki yg saya tak kenal. Dlm mimpi tu dia dtg rumah saya. Ntah kenapa saya tengok dia saya rasa ragu-ii dgn agama dia. Rasa mcm dia bukan islam . Pastu saya mimpi dia lagi dia dtg umh saya tengok saya. Dia kata dia tak sabar nak jadikan saya isteri dia tp saya masih sekolah. Skrg sejak abis sekolah saya dah tak mimpikan dia.beberapa bulan lepas saya keluar pastu saya terjumpa dgn laki yg sama mcm laki yg saya mimpikan tu dkt shopping mall. Dia senyum dkt saya mcm dia kenal sangat kat saya. Saya pandang dia pelik tp dia senyum je.tengok muka dia pon saya rasa ragu-ii lagi samaada dia Islam or tak. Beberapa hari lepas saya mimpi dia lagi tp kali ni dia bawa mak dia dtg ke rumah saya sejak mimpi tu saya asyik rasa berdebar smpai skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam Jijie, ada perkembangan baru tak? Sounds sooo familiar. Belum tentu dia jodohmu, tapi adik ada banyak persamaan dengan saya.... mimpikan perkara yang mungkin bakal berlaku satu masa nanti.

      Delete
  25. baru tadi saya mimpi berkahwin dengan seorang lelaki yg x dikenali. Dalam mimpi tu saya malu2 duduk di sebelahnya(seingat sy, dia berpakaian putih) . Time tu entah kenapa memang situasi baru kahwin mcm baru sudah akad nikah la. Pd mulanya sy malu nk tgok mukanya, tapi hahaha x tau lah mcm mana sy trfikir "eh kalau x tgok mukanya mcm mana nk tau siapa dia lepas bangun dari mimpi ni?"..
    Then sy jenguk perlahan2 muka dia dri belakang dia..sy nampak muka dia dgn JELAS kelihatan muka dia putih berseri sambil tunduk malu dan x pandang arah sy..tapi sy x kenal dan x pernah tgok pun dia. Then sy trjaga.

    Apabila diingatkan balik..beberapa tahun lepas sy pernah trmimpi 2 kali laki yg x dikenali tapi berperwatakan sama(nmpak suci dan baik)..dan 2 mimpi tu laki tu asyik tgok sy dri jauh..

    sy trtanya2..sy x tau lah mimpi yg td berkait atau x dgn mimpi yg bbrapa taun lepas. Huhu dan x taulah laki tu wujud ke x..dan apa sbb sy mimpi sedemikian.
    hihi tapi dlm mimpi tadi sememangnya sy happy sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye Timahh, tak tau kenapa response you ni masuk dalam spam.

      Banyakkan berdoa dapat suami seperti yang kita impikan, macam dalam mimpi tu juga, mudah-mudahan Allah kabulkan.

      Delete
  26. Assalamualaikum kak, baru-ii ni saya mimpi dia lagi. Dalam mimpi tu dia ajak bertunang. Tapi saya still tak nampak muka dia. Saya bermimpi mcm ni jarang tp seakan berepisod

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, tunggu next episode hehe

      Delete
  27. Itulah. Kalau pilih laki daripada rupa sahaja. Tak baik tau. Kesian lelaki gemuk. Tapi yela lumrah manusia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye semua orang pun kalau boleh nak pasangan cantik hensem, muda slim melim, kaya pandai. Tapi kalau dah dapat yang opposite tu redho aje lah. Yang paling utama ikut garis panduan Rasulullah saw.

      Delete
  28. salam. pd mlm nisfu syaaban aku bermimpi seorang lelaki yg tidak dikenali. dlm mimpi tu, aku dgn abg aku pg jln2 dan abg aku terus bg tau yg lelaki tu jodoh aku.aku hanya pandang sekilas je. pastu aku ckp aku x nak sbb aku x knl laki tu sape. and habis setakat tu je mimpi tu. mimpi camtu ade mksd pape ke? or just mainan tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Athirah, masih terlalu awal untuk ditafsifkan. Jika maasih ada lagi beberapa mimpi yang serupa, mungkin itulah dia.

      Delete
  29. Hi Assalamualaikum sis, saya nak ceritakan tentang mimpi saya. dan saya sangat ingat setiap jalan cerita mimpi ni. tersangat clear. saya sudah mempunyai teman lelaki. tetapi pada hari semalam iaitu 13.07.2018 (Jumaat) saya bermimpi bahawa teman lelaki saya berkahwin dengan wanita lain. dan saya hadir di hari pernikahan beliau. saya dapat rasakan saya tersangat la sedeh tetapi saya cuba untuk kuat. lepas hari pernikahan saya keluar dengan dia macam biasa perhubungan kami. tapi semasa hari dia nak bersanding saya pegang tangan dia saya merayu tak bagi dia pergi. saya berkata begini "Jangan lah pergi.. Saya sayang awak, kita dah janji macam-macam.. jangan lah kahwin denagn dia". tetapi dia menjawab "Dah kahwin dah pon. jangan kahwin apa lagi?" dan saya menjawab lagi "Tak payah lah pergi, saya sayang awak".. muka dia terus berubah jadi sayu seperti orang nak menangis. dia menjawab lagi "Biarlah saya bahagia dengan Zaujah saya, nanti awak akan bertemu dengan kebahagiaan awak".. saya lepaskan tangan dia perlahan-lahan dan saya biarkan dia pergi. hati saya tersangatlah sakit dan apabila masuk kerumah saya meraung kerana kesedihan dan saya tersedar. Ya Allah saya dapat rasakan cerita itu seperti benar. dan saya inagt setiap detail cerita itu.

    Hari ini 14.07.208 (Sabtu)
    Saya dapat rasakan mimpi semalam seperti bersambung. Tersedar pagi ini dan juga teringat mimpi hari ini.
    Dalam mimpi tu saya seperti seorang yang sudah tidak mempunyai persaan iaitu perasaan hati mati, mungkin kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan orang lain. biarpon banyak lelaki yang datang tetapi pintu hati saya sudah tertutup rapat. Tetapi tiba2 saya akan dikahwinkan dengan orang yang tak dikenali. ayah sayalah yang mencarikan. pada hari itu saya mengikut sahaja rancangan beliau. Saya tiada hati ingin mengetahui nama lelaki tersebut ataupon muka ataupon fizikal dia. tetapi pada hari pernikahan langit mendung seperti mahu hujan. dengan kehmah sudah terpasang segala persiapan sudah dilakukan. tetapi entah mengapa dalam hati trasa gelisah melihat cuaca di luar lalu saya pon berdoa "Ya Allah kau permudahkan lah urusan pernikahan dan perkahwinanku Ya Allah". dan cuaca sedikit demi sedikit kembali panas. Pernikahan semua berjalan lancar walaupon saya tidak melihat siapakah orangnya ketika itu. selepas har pernikahan saya dan dia masuk kedalam bilik. tetapi saya dapat rasakan keadaan nyaman dan tenang dan ketika itulah baru saya melihat wajah dia. Tampan dan tenang. kami berbual dan bergelak ketawa kerana dia membuat lawak. saya sangat bahagia ketika itu.

    Persoalan saya, kedua dua mimpi itu saya ingat setiap apa yang berlaku. perasaan itu semua saya dapat rasakan. setahu saya jika mimpi mungkin kita akan ingat sikit2 . tetapi tidak untuk mimpi ini. saya hanya anggap ia mainan tidur tetapi bila hari ke 2 mimpi itu bersambung saya jadi hairan. saya tidaklah tengok apa2 drma sebelom tidur ataupon pikir apa2. saya juga masih ingat mimpi ke 2 bahawa saya terlupa untuk membeli bungar telur dan bunga Manggar lalu saya mengarahkan mereka membelinya. saya juga dapat melihat mereka memasang khemah untuk perkahwinan saya.

    Mungkinkah ia mainan tidur ataupon petunjuk kepada hubungan ini? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya sendiri tak dapat menafsirkan mimpi saudari. Sekiranya saudari pernah merasa kecewa, dan kemudian bahagia baru2 ini, mungkin ia boleh di olah menjadi mimpi juga.

      Delete
  30. assalam.nak share la jugak crita ni.2malam kemarin saya mimpi benda yg sama je.saya mimpi ap?saya mimpi saya kahwin dengan orang kaya tapi muka laki tu cam x brape jelas .time tu kitaorang x knal pon tapi tetiba kahwin.#ni mimpi je tau #justsharestory

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang kaya yang beriman syukur .. mudah-mudahan jadi kenyataan.

      Delete
  31. Assalamualaikum..3 tahun lepas sy ade bermimpi seorg lelaki yg tak dikenali(tak ingat muka) and sgt tinggi(mungkin sbb sy pendek kot) sy cuma kat paras bahu die jer.. sy mimpi die 4 kali.sy dh tak berapa ingat detail mimpi tu..yg sy ingat jln cerita die shj,mimpi pertama berjumpa kenal, mimpi kedua suka sama suka, mimpi ketiga die jumpa ayah sy and ayah sy larang dan mimpi terakhir kami pisah...sedih sgt rasanya waktu mimpi terakhir tu smpai sy rasa sesak dan sedih sgt kalau teringat,rasa mcm tak boleh move on and nk sambung mkmipi..sy rasa lesu sgt lepastu(kurang bersemangat)...ihh sy tak tahu perasaan apa tu sbb sy belom pernah bercinta dan takde kwn lelaki pon..untuk pergetahuan,sy still budak lagi..waktu mimpi tu umur sy baru 16 tahun dn sy budak asrama..sebelum mimpi tu,sy dh slalu solat istikharah sbb pesan dari cg sy klau kite nk dpt jodoh yg baik kene minta dri skrg..lepas jer sy solat beberapa kali terus mimpi mcm tu..sy nk tahu sgt sbb die apa..lepas hbis smua mimpi tu sy cuma berdoa jer..sy takut mimpi yg bukan2..minta pendapat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalakumsalam dik,
      solat istikrah bila dalam keraguan dan mohon petunjuk dengan Allah sebelum buat sesuatu keputusan. Adik dah ada calon2 ke? Kalau nak mohon sesuatu yang baik, solat hajat lebih sesuai kan.

      Dah jangan fikir pasal mimpi tu lagi, fokus apa yang adik inginkan dalam hidup ini dan berusaha untuk dapatkan. Semoga berjaya.

      Delete
  32. Assalamualaikum...saya baru2 ada brmimpi hari prtama sya mimpi ada seorg lelaki yg mngambil berat dan menjaga saya..saya rasa gmbira dan tenang krana ada yg mahu mnjaga...tapi saya tk nampk wajah lelaki tu...malam seterusnya saya bermimpi ttg bekas bf saya yg sdh brkahwin kmi brcakap brdua dan brcerita ttg khidupan masing...dia ckp dan ada anak...saya trus tak nak ganggu dia...kemudian ada seorg lelaki tgur sya dia ckp "awak pla org yg saya cri tu trus dia sbut nama saya" tapi sya hnya nampk ssuk badan saja tpi wajah tak jelas..lepas tu dia ckp dia tgh krja skrg sbgai seorg doktor...trus smpai situ saya trjaga dan brfkir apa maksud mmpi tu...dua malam brturut mimpi ttg org yg tdk dikenali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya doakan suatu hari nanti awak bertemu dgn sesorang yg benar2 tulus mencintai dan menghargai kehadiran awak.

      Delete
    2. Salam Yati, mimpi yang baik. Berdoa dan mudah-mudahan jadi kenyataan. Maaf dah hampir setahun saya tak masuk sini.

      Delete
  33. As salam ,kalau mimpi sex dengan lelaki tu cam ne pulak ye?saya kadang2 ada mimpi cam tu.semalam mimpi dengan lelaki ,tapi x taw siapa.just curious..I'm a single belum berkahwin.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak lelaki mimpi macam ni sebab nak akil baligh. Perempuan yang belum kawin, jika bukan itu yang kita fikirkan di alam realiti, mungkin tanda2 akan bertemu dengan jodoh. Sebenarnya saya memang ada mimpi a kind of foreplay yang saya naive tak tau apa2, sebelum bertemu suami saya. Dan tanpa disangka pada malam pernikahan, itulah perkara pertama yang suami lakukan. Mujur pernah mimpi, kalau tak boleh pengsan terkejut.

      Delete
    2. Dan mimpi itu dengan lelaki yang saya dah lupa wajahnya, yang kekal dalam ingatan rambut dan misai sahaja yang betul2 serupa dengan suami saya.

      Delete
  34. Hi.. sy mmg tgh cari tajuk yg sy alami baru2 ini. Sy dah break up dgn kekasih sy utk menjaga diri since 2016. Dan sy tak sangka sampai sekarang lelaki yg sy selalu mimpi adlh dia, bukannya laki lain. (Move on sbb tak pasti dia jodoh sy).kerap mimpi dia, dan dpt mimpi2 yg berbeza dan mcm nk beritau sy something dgn mimpi tu. Tp wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah jika ada jodoh, suatu masa nanti akan bertemu semula.

      Delete
  35. Sy pun pernah mimpi sebegini..satu episod, yg dipecahkan beberapa malam/mimpi..

    ReplyDelete
  36. Nk citer ni.smlm saya mimpi seseorang.orang tu saya kenal.dia suka pandang saya.dn saya pon pernah suka sikit kat dia.saya mimpi yang mak ayah saya nk jodohkan saya dengn seseorang.saya macam pasrah dn redha je dlm mimpi tu then bile jumpa orang tu.saya gembira sangat sbb die yang bakal jadi tunang saya.biler saya tanya,dia ckp yang dia suka saya.sbb tu die bawak mak dia dtng merisik.tp semua tu hanya mimpi..huhuhu knapalah bukan betul ii..sbb dlm mimpi tu dia baik sangat.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi indah mestilah suka kan. Banyakkan berdoa, bersungguh2, Allah dengar setiap detik dan kata2 kita.

      Delete
  37. Assalamualaikum harini saya mimpi kawan lelaki saya kenalkan saya kat family dia kat kedai makan. Apa pendapat sis? Sebelum ni pernah mimpi jumpa dia. Dan esoknya betul2 dia datang jumpa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam maaf lama dah tak jenguk ke sini. Adalah sis dah diperkenalkan dengan keluarganya? Sekiranya ye, mungkin Kita sama2 dikurniakan kelebihan ini. Tetapi jika tidak, anggaplah mimpi2 itu sebagai luahan impian dibawah sedar kita.

      Delete