Thursday, 3 January 2013

Mimpi Bercinta Dengan Suami

Ketika usia perkahwinanku menjangkau 3 tahun, kami menghadapi beberapa dugaan.  Mungkin statusku sebagai surirumah, sedangkan suami bertemu dengan berbagai bangsa, telah membuatkan hubungan kami jadi makin jauh dan hambar. 

Di rumah, dia lebih suka berada di bilik bacaannya sahaja.     Aku malu untuk mengadu pada ibuku, apatah lagi teman2 baikku.  Hanya pada Allah tempat aku menangis dan mencurah perasaan.  Kadang2 aku berbual dan mengadu pada baby di dalam perutku. 

Aku berazam, aku akan bertahan sehingga anak-anakku membesar dan selagi kami masih berada berada di luar negara.    Aku yakin aku  sudah tiada lagi di dalam hatinya.  Aku juga sudah hilang sayang  padanya.  Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti robot sahaja, tanpa perasaan. 

Tetapi suatu malam aku bermimpi.  Aku dalam keadaan muda remaja sedang berjalan2 di taman bunga yang indah.  Tiba-tiba muncul suamiku yang juga masih muda.   Kami dua remaja yang sedang bercinta, bergurau senda dan berkejaran di taman yang indah itu ...  so young and innocent.

Mimpiku seperti fantasi, kerana realitinya kami hanya bertemu setelah dewasa, malah tak sempat bercinta sebelum pernikahan.


Terbangun dari tidur, entah kenapa tiba2 perasaanku jadi lain. Aku rasa seperti di alam percintaan.  Aku terlalu rindu dan sayang pada suamiku.  Dan setelah 3 kali aku mendapat mimpi yang  hampir sama,  aku yakin itulah tanda perkahwinan kami akan bertahan sampai bila2, dan apa yang aku rancangkan tidak akan jadi kenyataan.

Dari rakan2 suami,  barulah aku tahu dia bukannya sudah tidak sayangkanku lagi.  Waktu itu dia sedang dalam keadaan stress dengan  kerjayanya, tetapi dia  ego untuk  berkongsi masalahnya denganku.  Dia terlalu memikirkan masalahnya seorang diri, sehingga setiap pertanyaanku akan menambah stress dalam kepalanya, dan akhirnya aku  yang jadi mangsa.   Kami masih dalam proses  saling mengenal dan belum arif sifat pasangan sepenuhnya.  Patutlah kata orang tua2, 5 tahun pertama perkahwinan adalah yang paling mencabar dan suami isteri perlu banyak bersabar.

Lalu aku terus menukar azam dan tekad.  Aku bertekad akan jadi isteri yang terbaik untuk suamiku.  Kini aku melayannya dengan penuh keikhlasan, bukan sekadar tanggungjawab.  Dan aku mahu dia merasa aman dan selesa bila berada di rumah.   Alhamdulillah, suamiku juga berubah dan melayanku dengan baik.  Malah semasa aku berpantang selepas melahirkan anak kedua, suami mengurut badanku  setiap hari, dan bercuti untuk menjagaku dan anak sulung kami.



Update Sept 2013:  Malam tadi aku ceritakan mimpi indah itu pada suamiku, tetapi belum habis ayat terakhirku, dia dah menyampuk.  Kita XXX?   Ha ha ha kelakarlah suamiku ni.  Itukah yang lelaki  fikir kalau mimpi suami isteri?


No comments:

Post a Comment