Saturday 20 May 2017

Mimpi Makan Bersama Boss

Semasa aku melanjutkan pelajaran,  aku dapati  ia jauh lebih mencabar dibandingkan keadaan semasa aku membuat ijazah pertama dulu.  Aku mula berfikir samada kerjaya yang  aku pilih ini satu kesilapan.

Tetapi suatu malam aku bermimpi. Aku bermimpi makan sedulang bersama boss aku, orang yang menghantar aku belajar ke luar negara ini. Turut makan bersama2 kami, adalah rakan2 sekerja. Boss melayan aku makan, malah mengambilkan lauk-pauk untukku.


Pagi itu, kepalaku terasa lapang, seolah2 semua masalah telah hilang. Aku tahu aku mesti teruskan berjuang,  dan tidak mudah mengalah menghadapi apa sahaja cabaran.  Boss ku pasti mengharap aku pulang dengan kejayaan. Insyaalah boss, aku akan tetap dalam kerjaya ini.

Sedar tak sedar, sudah lebih 15 tahun aku bekerja di sini.  Boss lamaku sudah lama bersara, dan diganti dengan boss baru pula. Kini aku sedang berada daläm krisis diri. Aku tersepit antara kerjäya dan anak2. Aku rindukan suasana semasa menjadi menjadi surirumah, aku dapat melihat setiap keletah dan dapat mengasuh anak2 tanpa bantuan sesiapa.  

Kini, aku hanya dapat melihat mereka dari lewat petang ke awal pagi sahaja.  Hujung minggu sahaja masa untuk anak2 puas bermanja.  Itupun, aku menolak hampir semua tugasan luar yang memerlukan ku berjauhan sehingga berhari2 dari rumah.

Tetapi kaum keluarga termasuk ibu dan suami menentang hasrat aku, kerana kekangan kewangan. Mereka meminta aku menangguhkan dulu untuk berhenti kerja itu.  Ketika itulah aku bermimpi lagi, kali ini mimpikan boss baru pula.  

Di dalam mimpi itu beliau datang ke rumahku, makan makanan yang kuhidang, dan mahu bermalam pula.  Aku menafsirkannya sama macam mimpiku sebelum ini, aku akan tetap bekerja lagi di situ selagi boss itu masih ada.

Beberapa tahun kemudian, boss berganti lagi, dan kali ini aku telah tetap pendirian, terus menghantar notis berhenti kerja.  Tetapi setahun sebelumnya, aku telah merancang semuanya dengan teliti.  Aku telah selesai bayar semua hutang2 termasuk rumah, aku telah menyimpan secukupnya supaya dalam masa setahun lagi, aku tetap dapat memberikan ibuku wang sama jumlah seperti sebelumnya.   

Malah aku telah berjimat-cermat  dalam perbelanjaan supaya simpanan ku nanti cukup untuk diri sendiri selama beberapa tahun  tanpa meminta wang dari suamiku.  Alhamdulillah, kali ini rancanganku tiada bantahan dari sesiapa pun. Anak-anak yang paling gembira sebab aku dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.