Friday, 24 October 2025

Mimpi Bertemu Arwah Suami

Arwah suamiku telah kembali kepada Penciptanya sejak 2 tahun yang lalu. 

Aku tak pernah melupakannya dari ingatanku dan sentiasa mendoakannya setiap solatku.  Aku hanya pernah bermimpi 2 kali tentang suamiku pada minggu2 pertama dia tiada.  

Aku terlalu rindukannya tetapi di dalam mimpi kami tidak berhubung langsung. Seolah tiada connection. Aku di dalam mimpu tidak sedarpun yang dia sudah tiada di alam nyata.

Di dalam mimpi pertama aku seorang anak kecil yang sedang beraksi, dan suamiku seorang dewasa yang cuma memandang aku dari jauh. Mimpi kedua aku seorang gadis remaja dan arwah suamiku seorang dewasa tetapi masih tiada interaksi di antara kami. 



Selepas 2 tahun, aku kembali pulang ke kampung ibuku. Kesibukan dan kepenatan berkebun dan memulakan hidup baru telah membuatkan aku sedikit leka dalam solat. Solat sekadar melakukan kewajipan. Cepat2 bangun untuk berehat,  melayari media sosial atau tidur. Doaku jadi semakin ringkas, kadang2 tak sempatpun. Bacaan yasin untuk arwah juga telah kutinggalkan. 

Satu hari semasa melayari instagram, muncul ayat2 yang menusuk ke hati tentang doa dan  solat. Aku sedar aku telah lama tidak berdoa bersungguh2 untuk arwah dan anak2ku.  Aku memulakan semula amalan yang telah kutinggalkan. 

Malam itu aku bermimpikan arwah. Mimpi yang sangat manis, yang sangat2 aku impikan selama ini. Kami sama2 telah dewasa, arwah di dalam mimpi kali ini adalah suamiku. Kami sedang berada di puncak bukit berbatu dan sedang cuba turun. 

Aku gayat melihat batu curam dan memberitahu suami aku takut. Suamiku tanpa berkata apa2, terus turun setapak dan berpusing menghadapku.  Dia menghulurkan tangan dan menyambut aku turun. Begitulah yang dilakukan seterusnya sehingga mimpi berakhir. Wajahnya tenang dan senyum melihatku yang sedang gayat. 

Aku terjaga keesokannya dan terasa sungguh bahagia seperti di dalam mimpi.  Terasa disayangi dan dilindungi oleh suamiku. Syukur dan  terimakasih Allah meminjamkan sekejap bayangan arwah suami di dalam mimpiku. Ya Allah masukkanlah suamiku di kalangan orang2 yang beriman dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka. Berikanlah dia pahala sebanyak2nya tanpa henti setiap kali kami, aku dan anak2  bersolat dan mengaji yang arwah telah ajar dan sangat tegas menjaganya.