Friday 22 June 2018

Mimpi Suami Kahwin Lagi

Aduh ... sapalah yang nak mimpi macam ni?  Malam semalam aku baru je mimpi suami kahwin lagi satu.

Baik aku cerita dari mula, beberapa hari sebelum mimpi.  Suami menjemput  kenalan lamanya sekeluarga makan malam di rumah.  Tapi beras hampir habis, cuma tinggal cukup2 untuk satu famili je makan selama seminggu.  Sebenarnya dah seminggu aku tunggu suami free untuk pergi kedai beli beras dan barang grocery lain.  Tiga hari  sebelum tetamu datang, akhirnya suami free dan kami ke kedai.

Dah selesai beli barang2 lain, cuma beras sahaja belum dibeli, tiba2 suami dapat panggilan telefon.  Ada urgent matter, rasanya dia kena ambil seseorang di airport dan hantar ke hotel.   Beras kena beli di kedai lain yang agak jauh sebab jenama itu saja yang suami suka dan agak murah harganya.  Jadi kami ambil keputusan pulang ke rumah dan akan beli beras bila2 suami free.

Sehingga sehari sebelum  tarikh makan malam tu, beras masih belum dibeli, suami sangat sibuk dengan kerjanya.  Petang itu sebelum dia keluar, aku berpesan sekali lagi.   Tolong beli beras.  Kali ni memang dah tekad akan beli sahaja apa beras yang ada di kedai.  Tak boleh tunggu esok pagi sebab suami masih sibuk lagi sehingga petang.

Bila suami balik sahaja malam itu, tiba2 dia bad mood dan terus tidur kepenatan agaknya.  Anakku yang menyampaikan pesan suami tentang beras. Lain kali beli beras banyak2, bukan dah nak habis baru nak beli.   Dalam keadaan sedih dan marah tu, terlupa pula aku,  memang dulu dah beli banyak pun, dua kampit lagi.  Tapi mestilah akhirnya habis juga dan mesti diganti baru.   Selalunya sempat je ganti baru tanpa masalah apa pun.

Anakku yang tak biasa memandu akhirnya bawa aku ke kedai untuk membeli beras malam itu.   Aku tak berani memandu kenderaan besar  suamiku. Keretaku pula sedang tersadai di workshop.

Esoknya aku bertungkus lumus memasak nasi biryani untuk tetamu kami.     Semasa makan, tetamu termasuk anak2nya memuji nasi biryaniku.  Malah anaknya yang masih kecil pun bertambah2 makan.   Bila mereka pulang sahaja, suami juga terus memuji nasi biryaniku seperti makan di kedai katanya. 

Patutlah selama ini dia asyik memuji nasi biryani kedai, tapi aku langsung tak suka biryani kedai kerana terlalu over rempahnya.  Aku masak macam biasa, bezanya kali ini aku cuma tambah serbuk cili sahaja berbanding selalu.  Tambah cili kerana tiba2 aku rasa rempah biryani itu macam bland sahaja warnanya bila dimasak.  Tak sangka rasanya juga berubah jadi lebih sedap.

Malam itu, suami jadi over mesra, maklumla masalah utama negara iaitu beras sudah selesai dan semuanya berjalan lancar.  Sebelum tidur, bergurau senda dan asyik nak berbual, sehingga aku merayu untuk berhenti kerana mataku sudah terlalu berat minta ditutup.

Aku tertidur awal, letih sangat, dan malam itulah aku bermimpi.  Aku melihat suami berkahwin dengan seorang wanita yang sangat aku kenal.  Gadis tercantik dan terbaik di kolej ku dulu.   Wanita itu jadi isteri kedua suami.  Bilik pengantin terletak di rumah kami, di tengah2  antara  ruang tamu dan dapur.    Setiap kali aku melintas, pasti terdengar suara suami bergurau senda dengan isteri keduanya.   Ya Allah sebak dan sedihnya perasaanku ketika itu.

Mimpi itu bersambung lagi dengan situasi beberapa hari lepas nikah, isteri kedua sudah berpindah ke rumah baru.  Suami masih bergilir2 di kedua2 rumah.  Tetapi dia akan ke rumah isteri kedua awal2 pagi lagi dari rumahku, dan akan pulang semula ke rumahku lewat malam esoknya.  Tidur sekejap, dan kemudian awal2 pagi dia sudah keluar semula untuk ke rumah sana.  Aku berendam dengan airmata kerana macam2 perasaan dalam mimpi itu ada, sedih kecewa cemburu dan rasa kehilangan.

Mujurlah semuanya hanya mimpi, tapi kenapa terlalu jelas dan nyata seolah2 betul2 berlaku?  Ada yang pernah mimpi seperti ini?  Cerita pada suami tak?   Aku takkan cerita, nehi.

______________________________________________

10 comments:

  1. Assalaamualaikum. Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain dan setiap kali mimpi ia seperti kejadian yang benar-benar berlaku.

    Saya menangis hingga ke pagi dan apabila saya bangun dari tidur, air mata serta sedu masih ada. Saya sangat takut jika kejadian itu benar-benar berlaku.

    Maksud Mimpi Suami Kahwin Lagi

    JAWAPAN

    Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

    Sebelum ini ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain dan tafsir yang diberikan ialah suaminya bakal mendapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

    Dalam mimpi ini, saya sudah cuba mentafsirkan erti mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

    Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.

    Atau, jika kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

    Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.

    Wallahu a'lam.


    Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2018/01/maksud-mimpi-suami-kahwin-lagi.html#ixzz5R7aDw161
    Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga rasa mimpi saya ini ada kena mengena dengan kejadian sebelum tu.

      Delete
  2. Bagaimana klu bmimpi mndpt tahu suami bkahwin lain dan menyusuri jambatan sambil mbawa seluat di tgn..lalu sy blari trs terjun ke laut lalu dtg ombak dan dan mhempas sy..ada makna ke mimpi sy..

    ReplyDelete
  3. Maaf saya tak dapat apa2 gambaran rentang mimpi saudari, mungkin ada kena mengena dengan pengalaman atau perasaan saudari ketika mimpi tu.

    ReplyDelete
  4. Saya terurut bermimpi suami ingan berkahwin lagi..tapi dalam mimpi tu mertua yang beria kahwinkam suami wajah suami seperti dalam diam mengatakan iya..bila saya tanya dia kata tidak..tapi suami terut bersiap untuk majlis nikah tu..dia bawa saya balik ke rumah mertua tempat kami bilik kami..bila dia di panggil suadaranya bertanya pasal perkahwinan itu..dia siap cakap boleh la 1 orang mencuci kain 1 orang memasak kurang beban..saya yg mendengar dari dalam bilik agak terkejut..sebab perbuatanya tidak sama dengan kata manisnya dengan saya..apa ka petanda ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hampur setahun mimpi Puan berlalu, mudah-mudahan itu semua cuma mimpi. Saya doakan rumahtangga Puan aman sejahtera. Rumahtangga Saya juga alhamdulillah semakin kukuh ikatan.

      Delete
  5. boleh share resepi nasi biryani? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 kg daging bertulang, 1 peket rempah biryani Shan, 3 bawng besar, 3 tomato, 1sudu besar serbuk cili, segenggam daun pudina. Minyak untuk tumis.

      Delete
  6. 1. Beras basmati 3 pot untuk 4-5 orang. Basuh beras dalam periuk nasi dan ketepikan.

    2. Bawang besar potong bulat, tomato potong dadu. Tumis keduanya hingga naik bau. Masukkan rempah biryani dan cili. Masuk daging dan tambah air hingga tenggelam semua. Masukkan 1 cwn yogurt, gaul dan biar mendidih.

    3. Panaskan 1 sudu mentega dalam kuali, goreng 3 bunga cengkih dan 3 kelopak bunga lawang, curah semuanya dalam periuk nasi dan gaul rata. Ambil air daging yang sudah mendidih, masuk dalam periuk nasi. Sukatan air untuk beras basmati lebihkan satu pot dari sukatan air untuk beras biasa.

    4. Bila air sudah kering, tabur serbuk pewarna kuning dan jangn kacau. Bila nasi dah masak baru gaul. Tabur badam goreng dan kismis jika mahu.

    Sementara ITU:

    5. Kecilkan api periuk beriyani daging. Tambah garam+daun pudina. Pekatkan kuah daging hingga naik minyak. Saya selalu masak 2 jam hingga daging terlerai dari tulang.

    ReplyDelete